ADUN Simunjan Turun Padang Tinjau Dua Projek RTP

ISNIN, 22 FEBRUARI 2021

SIMUNJAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris pada Isnin turun padang untuk meninjau dua projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasannya.

Lawatannya dimulakan dengan meninjau Projek Bina Baru Jalan Lorong Kampung Tanjung Pisang yang melibatkan 21 buah rumah di kampung tersebut.

Projek RTP ADUN Tahun 2020 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100,000 itu telah bermula pada Disember 2020 dan dijangka siap pada penghujung bulan ini.

Beliau kemudian melawat Projek Bina Baru Jalan Lorong Kampung Sabun juga di bawah Projek RTP ADUN Tahun 2020 dengan peruntukan sebanyak RM100,000 dan dalam proses pelaksanaan.

Hadir sama pihak Majlis Daerah Simunjan (MDS) sebagai agensi pelaksana dan kontraktor. – EDISI UKAS

Share

add comment