Ahli Parlimen Bintulu Tinjau Keadaan Rumah Saba Dan Rumah Ugop Nanga Sigu

ISNIN, 22 FEBRUARI 2021

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing telah mengadakan tinjauan ke atas penduduk di Rumah Saba dan Rumah Ugop, Nanga Sigu Pandan Sebauh selepas beberapa hari dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad. 

Dalam lawatan itu, penduduk di kedua-dua rumah panjang itu memaklumkan bekalan makanan yang diagihkan sebelum ini tidak mencukupi. 

Mendengar keluhan itu, beliau telah mengambil tindakan segera dengan mendapatkan bantuan makanan tambahan.

Terdahulu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dibantu Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) telah menghantar bantuan makanan bagi fasa pertama, manakala fasa kedua akan dihantar pada minggu kedua PKP. 

Dalam pada itu, Datuk Seri Tiong mengingatkan penduduk rumah panjang supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan memberi kerjasama dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di Bahagian Bintulu. 

Hadir sama Ketua Polis Daerah Bintulu Supritenden Zulkipli Suhaili. -EDISI UKAS

Share

add comment