JKM Bahagian Bintulu Agih Bantuan Makanan Dan Barangan Keperluan Lain Kepada 4 Buah Rumah Panjang Di Sebauh

ISNIN, 22 FEBRUARI 2021

SEBAUH: Empat buah rumah panjang iaitu Rumah Patrick, Rumah Gini, Rumah Amit dan Rumah Kujat di Daerah Sebauh menerima bantuan makanan pada Isnin. 

Bantuan makanan ini diagihkan selepas keempat-empat buah rumah panjang itu dikenakan Perintah Kawalan Penuh Pergerakan (PKPP) ekoran mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif COVID-19 dan membolehkan pengesanan secara aktif (ACD) dilakukan. 

Bantuan makanan yang diagihkan itu untuk keperluan selama seminggu dan turut diagihkan keperluan lain seperti susu tepung, lampin pakai buang dan lain-lain. 

Pada masa yang sama, penduduk di Bahagian Bintulu diingatkan supaya sentiasa mematuhi perintah kawalan dan memberi kerjasama kepada petugas barisan hadapan bagi sama-sama mengekang penularan wabak COVID-19 ke tempat lain. -EDISI UKAS

Share

add comment