Projek Jalan Raya Kampung Supa-Medang Siap Sepenuhnya

ISNIN, 22 FEBRUARI 2021

BETONG: Projek Jalan Raya Kampung Supa – Medang di Betong telah siap sepenuhnya dengan kos sebanyak RM6 juta.

Jalan sepanjang enam kilometer tersebut dilaksanakan di bawah kontraktor Cahaya Mata Sarawak (CMS).

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam menaruh keyakinan keprihatinan kerajaan Negeri dalam memberi kelulusan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek bagi pembangunan kawasan luar bandar.

Katanya, pelaksanaan pembangunan dengan menyediakan kemudahan asas menjadi tunjang kepada kemajuan sosio ekonomi penduduk.

Terdahulu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong telah membuat tinjauan ke atas Projek Jalan Raya Kampung Supa-Medang pada Ahad.-EDISI UKAS

Share

add comment