40 KIR Kampung Assyakirin Fasa 1 Bintulu Terima Bantuan Makanan

SELASA, 23 FEBRUARI 2021

BINTULU: Seramai 40 orang Ketua Isi Rumah (KIR) Kampung Assyakirin Fasa 1 Bintulu menerima bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Bahagian Bintulu pada Ahad. 

Menurut Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu, Taddy Ajin berkata pengagihan makanan itu bagi membantu menyediakan makanan asas kepada mereka yang terjejas akibat COVID-19.

Pada masa yang sama, berharap penduduk di kampung berkenaan sabar dan sentiasa mematuhi arahan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu dan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu. 

Beliau yang ditemui selepas mengagihkan bantuan makanan itu juga memberitahu Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu akan menjalankan pengesanan secara aktif di kawasan terbabit.

Terima kasih kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kerana banyak membantu dalam memgagihkan bantuan di samping menyalurkan maklumat lengkap jumlah penduduk kampung yang terjejas.

Kampung Assyakirin Fasa 1 Bintulu kini telah dikenakan sekatan pergerakan penuh ekoran terdapatnya kes positif COVID-19 di kawasan itu. -EDISI UKAS

Share

add comment