ADUN Sadong Jaya Tinjau Kerja Penggalian Sungai Asal

SELASA,23 FEBRUARI 2021

SADONG JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo pada Isnin turun padang bagi meninjau kerja-kerja menggali Sungai Asal di Kampung Ulu Semera.

Dalam tinjauan itu, beliau memberitahu agar kerja-kerja pembersihan dan penggalian sungai tersebut berjalan lancar dan akan memberi manfaat kepada pekebun sayur di situ kelak.

“Di samping membersihkan sungai yang sedia ada, projek ini diharap dapat mengurang atau menggelak dari berlakunya banjir kilat serta menambah baik sistem pengaliran air di Sadong Jaya,” katanya.

Selain itu, beliau mengingatkan penduduk kampung supaya sentiasa menjaga kebersihan dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Penduduk kampung ketika ditemui pula menzahirkan ucapan terima kasih kepada Aidel kepada kerana telah berusaha gigih untuk menyelesaikan masalah sistem perparitan dan masalah banjir kilat di kawasan berkenaan .-EDISI UKAS

Share

add comment