ADUN Simunjan Serah Sumbangan Khairat

SELASA, 23 FEBRUARI 2021

SIMUNJAN: Prihatin dengan nasib rakyat di kawasannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris pada Selasa telah meluangkan masa melawat saudara Pasang Bida di Kampung Temiang di sini susulan pemergian ibunya pada Sabtu lepas.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyerahkan sumbangan khairat kepada Pasang Bida bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarganya.

Ibu kepada Pasang meninggal dunia pada usia 81 tahun disebabkan sakit tua.

Turut sama dalam ziarah tersebut ialah Penghulu Ahmad Dol Simpol dan Timbalan Ketua Cawangan PBB N25 Simunjan, Bojeng Ali. -EDISI UKAS

Share

add comment