Pendaftaran Vaksin COVID-19 Bahagian Bintulu Boleh Dibuat Dalam Talian Dan Manual Sehingga Mac 2021

SELASA, 23 FEBRUARI 2021

BINTULU: Masyarakat Bahagian Bintulu dipelawa mendaftar dan mengambil bahagian dalam Program Vaksinasi COVID-19. 

Dalam kenyataan Pejabat Daerah Bintulu pada Isnin, masyarakat Bintulu boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang Pendaftaran Vaksin COVID-19 secara dalam talian ataupun secara manual. 

“Borang pendaftaran dalam talian boleh diperolehi melalui ‘Google Form’ dan aplikasi MySejahtera manakala pendaftaran secara manual boleh mendapatkan dan mengisi borang di Pejabat Daerah Bintulu atau Klinik Kesihatan Bintulu. 

“Tarikh tutup pendaftaran atas talian ialah pada hujung bulan Mac 2021, manakala bagi mereka yang mengisi borang secara manual, pendaftarannya akan ditutup pada pertengahan bulan Mac 2021.

“Syarat pendaftaran penerima vaksin COVID-19 ini adalah berumur 18 tahun ke atas dan penduduk tetap Bahagian Bintulu,” katanya. 

Mengulas lanjut, kenyataan itu turut memberitahu semua sesi pendaftaran ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai di Pejabat Daerah Bintulu. 

Jelas kenyataan itu lagi, bagi mereka yang telah mengisi borang pendaftaran Vaksin COVID-19, tempat, tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian. 

Borang Pendaftaran Vaksin COVID-19 Bahagian Bintulu boleh diisi secara atas talian di pautan ini “BORANG PENDAFTARAN PEMVAKSINAN COVID-19 DAERAH BINTULU”: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfC0-KPGYaQKgph_tMkm9VebF1MI3VP5pZNhLuBu2iiYlQZkQ/viewform?vc=0&c=0&w=1&flr=0

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus ke Pejabat Daerah Bintulu menghubungi Cathrine Sayu di talian 086-310557 dan Norina Ibrahim di talian 086-332434. -EDISI UKAS

Share

add comment