Projek Menyimen Jalan Rumah Ajik, Buku Pakan Siap Sepenuhnya

SELASA, 23 FEBRUARI 2021

PAKAN: Projek menyimen Jalan Rumah Ajik, Buku Pakan, inisiatif di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom telah siap sepenuhnya.

Dilaksanakan di bawah selian Syarikat Danum, projek berkenaan telah bermula sejak 9 November 2020 dan siap sepenuhnya pada 8 Februari 2021.

Pada Isnin, Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Sarikei Anaves Lang telah melakukan pemeriksaan akhir bersama Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Daerah Pakan Dana Ungki dan Penolong Pegawai Tadbir dari Pejabat Residen Sarikei, Safidi bagi memastikan projek itu disiapkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Turut serta ialah wakil ADUN Pakan Impi Daying, Ketua Masyarakat Pakan Pengulu Ting Tiu Look, Pengurus Syarikat Danum Unting Nantang, Tuai Rumah Ajik dan beberapa orang wakil penduduk rumah panjang.

Program diakhiri dengan penyerahan surat tapak projek daripada Pengurus Syarikat Danum kepada Tuai Rumah Ajik. – EDISI UKAS

Share

add comment