ADUN Tatau Serah Sumbangan Pelitup Muka Dan Pembersih Tangan Kepada Pelajar STPM Dan SPM SMK Tatau

SELASA, 2 MAC 2021

TATAU: Peperiksaan yang berlangsung tahun ini diadakan dalam norma baharu susulan penularan wabak pandemik COVID-19. 

Lantaran itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai telah menyerahkan sumbangan pelitup muka dan pembersih tangan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau yang menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Sumbangan telah disampaikan wakilnya dari Pusat Khidmat ADUN Kakus Eugene John Sikie kepada Pengetua SMK Tatau Dr Layang Ugek dalam satu majlis sederhana di SMK Tatau baru-baru ini. 

Seramai 104 pelajar menduduki STPM 2020 dan 322 pelajar lagi menduduk SPM 2020. 

Datuk John Sikie yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Undang Undang dan Adat Bumiputera Sarawak turut mengucapkan maju jaya kepada semua pelajar STPM dan SPM yang menduduki peperiksaan tahun ini dan sentiasa mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Hadir sama Pemangku Pengawai Daerah Tatau Calvin Ligong Bujang @ Endawie dan Timbalan Sektor Perancangan PPD Tatau/ Sebauh Ismawi Bujang. -EDISI UKAS

Share

add comment