SELASA, 2 MAC 2021
MIRI: Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus telah mengadakan lawatan ke lima buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu pada Isnin.
Lawatan ke lima buah kampung iaitu Kampung Tanjong Bungai, Kampung Gatas Bungai, Kampung Peliau Bungai, Kampung Jambu dan Kampung Tengah merupakan sebahagian daripada Program Bedudun di Rumah Ketua Kampung bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Dalam lawatan itu, Datuk Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu telah menyantuni penduduk kampung berkenaan untuk mengetahui situasi semasa penduduk bersama dengan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan JKKK.
Selain KMKK dan JKKK, turut serta dalam lawatan itu ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DUN Bekenu di peringkat cawangan dan ranting. -EDISI UKAS