Jabatan Perkhidmatan Veteriner Sarawak Perketat Pintu Masuk Cegah Penyakit African Swine Fever Bawaan Khinzir

SELASA, 2 MAC 2021

LAWAS: Jabatan Perkhidmatan Veteriner Sarawak telah mengadakan pemeriksaan yang ketat di setiap pintu masuk ke Sarawak baru-baru ini bagi menghalang kemasukan khinzir hidup mahupun produk berkaitan daging babi ke negeri ini. 

Ini susulan Taklimat Pengawalan Penyakit Babi Berjangkit African Swine Fever (ASF) di Pintu Sempadan Merapok, Sarawak dan Sindumin, Sabah yang telah diadakan baru-baru ini berikutan wabak ASF yang menular di Sabah. 

Pemeriksaan ketat terhadap setiap kenderaan dan orang ramai yang memasuki pintu sempadan diadakan bagi memastikan sebarang bentuk produk berkaitan daging khinzir tidak dapat  melalui pintu sempadan ini.

Dalam pemeriksaan itu juga telah diedarkan poster dan risalah berkaitan penyakit ASF ini untuk diagihkan kepada orang ramai di pintu sempadan. 

Kerjasama semua jabatan dan agensi kerajaan berkaitan di pintu sempadan dan dalam pada itu setiap kenderaan masuk akan disanitasi berpandukan biosecurity untuk mempastikan sebarang kuman berkaitan penyakit ini tidak terbawa melepasi pintu sempadan.

Hadir sama Pegawai Penguasa Jabatan Perkhidmatan Veteriner Sarawak, Lawas Robin Asut dan beberapa wakil jabatan dan agensi kerajaan. -EDISI UKAS

Share

add comment