KMKK Daerah Tatau Sambut Baik Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan

SELASA, 2 MAC 2021

TATAU: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Tatau menyambut baik usaha kerajaan melaksanakan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan.

Penghulu Lim Tcia Hong salah seorang KMKK Daerah Tatau, berkata beliau menyambut baik usaha kerajaan dalam membasmi penularan wabak pandemik COVIUD-19 dan mendesak orang ramai agar tidak mendengar komen negatif terhadap vaksin ini. 

“Jangan terpengaruh dengan elemen negatif vaksin yang disebar oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam media sosial.

“Ini kerana vaksin ini telah dikaji secara mendalam oleh pakar dan digunakan seluruh dunia.

“Malah, pemimpin tertinggi negara telah menjadi individu pertama mendapatkan suntikan vaksin COVID 19 boleh memberi contoh dan keyakinan kepada kita sebagai rakyat,” katanya semasa ditemui dalam Program Latihan Simulasi Daerah Tatau baru-baru ini. 

Sementara itu, Penghulu Lim turut menambah selain mendaftar di dalam aplikasi MySejahtera, orang ramai juga boleh mendaftarkan diri di dalam buku Daftar Program Vaksinasi COVID-19 yang boleh didapati melalui Pejabat Daerah Tatau atau KMKK masing-masing.

Hadir sama Pemancha Gerosen Jubin, Kapitan Lim Tcia Hua, Tuai Rumah Dora Lani, Tuai Rumah Ado Bilong dan Tuai Rumah Vicky Engkalom. -EDISI UKAS

Share

add comment