Penduduk Mohon Sokongan Pembentukan Kampung Wawasan Lusut Jaya 3

SELASA, 2 MAC 2021

MIRI: Satu rombongan penduduk dari Kampung Lusut Jaya 3 yang diwakili Ketua Kampung Matair Suhaili telah mengadakan perjumpaan bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat pada Isnin.

Perjumpaan ini bertujuan memohon sokongan ADUN Lambir dalam pembentukkan Kampung Wawasan Lusut Jaya 3.

Dalam perjumpaan itu, mereka telah merujuk kepada perbincangan penduduk dengan pegawai Jabatan Tanah dan Survei Miri sebelum ini.

Katanya, mereka memohon mengekalkan nama penduduk yang sudah lama mendaftar dengan menggunakan alamat Kampung Wawasan dan mengekalkan nama itu semenjak kampung ini digazet pada 27 Oktober 2015. 

Nama Kampung Wawasan ini juga telah diberi semenjak Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak lagi dan mahu tanah ini disukat mengikut perimeter Kampung Lusut Jaya 3. -EDISI UKAS

Share

add comment