Projek Bina Baru Dewan Baruk, Kampung Pichin Kini Siap 35 Peratus

SELASA, 2 MAC 2021

SERIAN: Projek membina baru Dewan Baruk Awah Gawai Kampung Pichin, Serian yang memakan kos sebanyak RM400,000 kini siap 35 peratus.

Menurut Ketua Kaum Kampung Pichin, Rioi Lagit, projek tersebut merupakan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) daripada kerajaan Sarawak melalui Ahli Parlimen Serian, Dato Sri (Dr) Richard Riot Jaem yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Asia timur Jepun, Taiwan Dan Korea Selatan.

Projek yang dijangka siap sepenuhnya pada 4 Oktober 2021 itu nanti akan menyediakan tempat dan kemudahan tambahan yang lebih kondusif untuk aktiviti riadah.

Tempat tersebut juga sesuai untuk menganjurkan bengkel, kursus dan mesyuarat kepada setiap penyewa.

Selain itu, pembinaan Baruk yang dibina di hadapan Awah Gawai Tun Abdul Razak Kampung Pichin tersebut juga mampu memuatkan 50 orang dalam satu masa. -EDISI UKAS

Share

add comment