ADUN Simanggang Lawat PKRC Sri Aman, Serah Bantuan Kepada Petugas Hadapan & Pesakit

RABU, 3 MAC 2021

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak mengadakan lawatan dan tinjauan ke Pusat Kuarantin Dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 (PKRC) di Stadium Tertutup Sri Aman.

Residen Bahagian Sri Aman selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pengurusan Bahagian (JKPBB) Sri Aman, Indit Bangai turut serta mengiringi rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang tersebut sebelum diberi taklimat oleh Pengarah Hospital Sri Aman, Dr Hazwani Mohd Yusop

Sementara itu, Datuk Francis merakamkan penghargaan kepada Perbadanan Sukan Negeri Sarawak kerana telah memberi kebenaran menggunakan stadium berkenaan sebagai PKRC bagi menampung keperluan sebagai wad rawatan COVID-19.
.
Beliau kemudiannya menyerahkan bantuan makanan kering dan air minuman untuk keperluan para petugas barisan hadapan dan pesakit yang ditempatkan di PKRC berkenaan pada Selasa.

Turut dilaksanakan adalah pembersihan pekarangan Stadium Tertutup Sri Aman oleh pasukan bomba yang menjadi rakan strategik JKPBB Sri Aman. -EDISI UKAS

Share

add comment