Datuk Bandaraya Miri Lawat Tapak Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Bandaraya Di Kawasan Piasau

RABU, 3 MAC 2021

MIRI: Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang telah mengadakan lawatan ke tapak Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Bandaraya di kawasan Piasau bagi meninjau tapak projek pembangunan yang sedang dilaksanakan pada Selasa. 

Adam Yii bersama rombongan yang terdiri daripada Ahli Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan jurutera telah melawat Kampung Piasau Utara dan kawasan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu 6. 

Beliau turut meninjau perkhidmatan kerja-kerja kontraktor pembersihan parit dan pemotongan rumput di kawasan tersebut. -EDISI UKAS

Share

add comment