Seramai 1,654 Petugas Barisan Hadapan Di Miri Dijangka Akan Menerima Vaksin Di PPV Eastwood Bermula 6 Mac Ini

RABU, 3 FEBRUARI 2021

MIRI: Seramai 1,654 orang petugas barisan hadapan di Miri akan menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Eastwood bermula 6 Mac hingga 10 Mac 2021.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri merangkap Pemangku Residen Bahagian Miri berkata, Program Vaksinasi COVID-19 akan bermula pada Sabtu, 6 Mac ini. 

“Di PPV Eastwood, pemberian vaksin akan bermula pada 6 Mac jam 12.00 tengah hari. 

“Untuk fasa pertama ini, pemberian vaksin hanya melibatkan petugas barisan hadapan sahaja. Selepas ini untuk fasa kedua dan ketiga akan diperluaskan kepada warga emas dan orang awam,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menyaksikan Latihan Simulasi Program Vaksinasi COVID-19 di PPV Eastwood, Miri pada Selasa. 

Pada latihan simulasi itu, bertujuan menguji keberkesanan persediaan dan proses kerja pelaksanaan pemberian vaksin ini dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan dalam garis panduan pelaksanaan pemberian vaksin.

Antara proses aliran kerja pemberian vaksin COVID-19 di PPV ini termasuklah saringan gejala dan pengambilan suhu badan, pendaftaran, kaunter mengisi borang persetujuan imunisasi, suntikan vaksin dan pemerhatian dimana penerima akan diminta untuk berada dalam ruang pemerhatian dalam tempoh masa antara 15 hingga 30 minit. -EDISI UKAS

Share

add comment