Tubau Bakal Nikmati Bekalan Air Bersih Dan Terawat

JUMAAT, 5 MAC 2021

BINTULU : Penduduk di kawasan Tubau tidak terkecuali menikmati kemudahan bekalan air bersih dan terawat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chuk Pai Ugon, Kerajaan Negeri melalui Kementerian Utiliti Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak bertungkus lumus menyiapkan Projek Bekalan Air Bersih di kawasan itu.

Untuk itu, beliau berharap agar penggunaannya dapat dimanfaatkan dengan berhemah dan sempurna.

Tambahnya, membekalkan air bersih bukanlah satu hal yang mudah kerana perlu melakukan kajian dari segi keadaan geografi sesuatu kawasan, saiz paip serta lokasi muka sauk (water intake) dan punca air. -EDISI UKAS

Share

add comment