Dewan Serbaguna Baru Kampung Bengoh Rais Beri Manfaat Lakukan Aktiviti Riadah

SABTU, 6 MAC 2021

PADAWAN: Projek bagi membina baru Dewan Serbaguna Kampung Bengoh Rais akan memberi manfaat kepada para pelancong melakukan aktiviti riadah di kampung tersebut.

Menteri Muda Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Jerip Susil berkata, Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021 dengan peruntukan sebanyak RM300,000 itu akan dengan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik persalinan dan tandas yang lebih selesa.

Katanya, Kampung Bengoh berpotensi sebagai destinasi pelancongan kerana memiliki keindahan alam semula jadi iaitu sungai yang cantik dan sangat sesuai untuk melakukan aktiviti kayak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat kerja-kerja baikpulih Balairaya Kampung Bengoh serta melawat tapak untuk Projek Bina Baru Dewan Serbaguna di Perkarangan Balairaya Kampung Bengoh Rais pada Jumaat.

Datuk Jerip juga memberitahu, projek baikpulih balairaya sedia yang bernilai RM100,000 di bawah Projek RTP 2020 kini telah siap sepenuhnya.

Sementara itu, dalam majlis sama, Datuk Jerip telah menyampaikan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada wakil Persatuan Women Fellowship BEM (SIB) bagi tujuan membiaya Projek Pembangunan Gereja BEM (SIB) Kampung Bengoh Rais.

Beliau berharap dana tersebut digunakan dengan sebaik mungkin bagi membangunkan gereja.-EDISI UKAS

Share

add comment