Masjid Trusan Dijangka Siap April 2021

SABTU, 6 MAC 2021

LAWAS : Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari baru-baru ini telah melawat ke Kampung Senduyun, Trusan.

Beliau bersama Ahli Parlimen Lawas,Dato Henry Sum Agong turun padang melihat sendiri  keadaan di tapak Projek Pembinaan Masjid Trusan Fasa 2 yang telah 70 peratus siap.

Projek yang bermula pada tahun 2019 itu menelan belanja sebanyak RM1.5 juta dan dijangka siap pada bulan April 2021.

Berdasarkan penerangan yang disampaikan, masjid tersebut akan menempatkan kira-kira 800 jemaah pada satu-satu masa dan semestinya memberi keselesaan kepada penduduk setempat untuk beriadah.

Turut serta, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA),Datu Ubaidilah Abdul Latif, Timbalan Residen Bahagian Limbang,Sebi Abang serta Pegawai Daerah Lawas,Ladin Atok. -EDISI UKAS

Share

add comment