ADUN Lambir Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Dewan Eastwood Valley, Miri

AHAD, 7 MAC 2021

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat menerima suntikan vaksin COVID-19 di Dewan Eastwood Valley, di sini pada Sabtu. 

Bahagian Miri memulakan Program Imunisasi COVID-19 bermula Sabtu bagi petugas barisan hadapan. 

Untuk fasa 1 dikhususkan kepada barisan hadapan akan tamat pada awal bulan April manakala, fasa 2 dan 3 pula akan dilaksanakan sejurus selepas pemberian vaksin COVID-19 Fasa 1 yang dikhususkan kepada barisan hadapan tamat.

Beliau yang menerima suntikan vaksin COVID-19 pada sebelah petang turut mengikuti setiap langkah dan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Sebagai wakil rakyat, Ripin sentiasa berdamping dengan masyarakat dan ini memerlukan beliau mendapatkan vaksin COVID-19 bagi melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada penularan wabak COVID-19. 

Turut menerima suntikan vaksin COVID-19 di Dewan Eastwood ialah Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelancongan dan Kesenian Sarawak yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, ADUN Lambir Ripin Lamat, ADUN Kabong Mohd Chee Kadir, Ahli Dewan Negara Senator Dr Nuing Jeluing dan Senator Alan Ling Sie Kiong. -EDISI UKAS

Share

add comment