Datu Len Turun Padang Tinjau Projek Di Sarikei

AHAD, 7 MAC 2021

SARIKEI: Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap ADUN Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh pada Ahad berkesempatan membuat tinjauan tapak projek di Sarikei.

Lawatan pertama beliau ke Masjid Ar-Rahmah Kampung Seberang Sarikei untuk meninjau dan mengetahui perkembangan terkini pembinaan dewan masjid tersebut.

Beliau berpuas hati kerana projek tersebut berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

Seterusnya, beliau meninjau kerja-kerja menembok Tanah Perkuburan Baru Islam Sarikei yang juga turut dijalankan.

Kerja-kerja tersebut sedikit terganggu berikutan cuaca hujan berberapa hari ini namun tetap berpuas hati kerana hampir 70 peratus telah siap ditembok.

Beliau berharap tanah perkuburan ini akan dapat digunakan pada pertengahan tahun ini berikutan tanah perkuburan yang sedia ada sudah pada tahap kritikal dan penggunaan yang maksima.

Datu Len cukup prihatin dengan semua projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Kuala Rajang dan akan sentiasa memantau bagi memastikan semuanya berjalan mengikut jadual. – EDISI UKAS

Share

add comment