JKM Samarahan Hantar Bantuan Bekalan Air Ke Dua Kampung Di Sebuyau

AHAD, 7 MAC 2021

SEBUYAU: Susulan musim panas sejak kebelakangan ini, dua buah kampung di kawasan Sebuyau iaitu Kampung Sungai Kakus Ensika dan Kampung Tungkah Lubok Manta telah menerima bantuan bekalan air dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Samarahan

Bantuan tersebut melibatkan seramai 79 orang dari Kampung Sungai Kakus Ensika dan 50 orang dari Kampung Tungkah Lubok Manta.

Turut disumbangkan juga sebanyak 350 kotak minuman yang telah diagihkan kepada penduduk di dua buah kampung berkenaan yang terjejas akibat musim panas selama 3 minggu ini.

Dalam pada itu, Tuai Rumah Maramat Lalat mengucapkan terima kasih kepada pihak JKM atas bantuan yang diberikan bagi meringankan kesusahan penduduk.

Agihan bantuan telah berjalan dengan baik dan penduduk kampung yang terbabit juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JKM Bahagian Samarahan di atas penghantaran bantuan air tersebut. – EDISI UKAS

Share

add comment