Dato Sri Fatimah Lawat Tapak Cadangan Pembinaan Masjid Baharu, Balairaya Kampung Sungai Kut Tengah

ISNIN, 8 MAC 2021

DALAT: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah telah mengadakan lawatan tapak cadangan pembinaan masjid baharu dan balairaya Kampung Sungai Kut Tengah pada Sabtu.

Turut serta dalam lawatan berkenaan Pegawai Daerah Dalat Kueh Lei Po, wakil daripada Jabatan Kerja Raya Daerah Dalat dan AJK Masjid Al Huda Kampung Kut Tengah.

Kerja-kerja pembersihan tapak dan penambakan pasir untuk kawasan cadangan akan dilakukan pada penghujung bulan Mac 2021 menggunakan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN. – EDISI UKAS

Share

add comment