Datuk Patinggi (Dr) Abang Zohari Dilantik Canselor Kolej Universiti i-CATS

ISNIN, 8 MAC 2021

KUCHING : Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dilantik sebagai Canselor pertama Kolej Universiti i-CATS.

Watikah pelantikan Abang Zohari telah diserahkan oleh Pengerusi Sarawak Skills yang juga Presiden dan Pro – Canselor Kolej Universiti i-CATS Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain sempena Konvokesyen Ke-23 Sarawak Skills dan Kolej Universiti i-CATS serta pelancaran naik taraf i-CATS menjadi sebuah kolej universiti pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Menteri amat berbesar hati selepas diberi penghormatan dilantik sebagai Canselor Universiti Kolej i-CATS yang pertama.

“Saya amat berbesar hati kerana pada hari ini diberi penghormatan untuk melancarkan universiti ciptaan tempatan ini, iatu kolej universiti i-CATS sekaligus menerima pelantikkan sebagai Canselor Universiti Kolej i-CATS yang pertama.”

“Saya dengan rendah hati menerima lantikan ini dan saya akan berusaha untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan universiti yang baru di bumi kenyalang ini.” katanya.

Dalam pada itu, seramai 742 graduan menerima sijil dan transkrip akademik masing-masing sempena konvokesyen tersebut.

Selain itu, Datuk Patinggi Abang Zohari turut menyampaikan anugerah dalam pelbagai kategori yang telah dipertandingkan sebelum ini.-EDISI UKAS

Share

add comment