Seramai 364 Penerima Dari Sebuyau Terima Tangki Air

ISNIN, 8 MAC 2021

SEBUYAU: Seramai 364 penerima dari 14 kampung dari kawasan Sebuyau menerima sumbangan tangki air daripada kerajaan Sarawak pada Isnin.

Bantuan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri dalam memberi kemudahan kepada rakyat sebagai persediaan awal apabila berlakunya masalah bekalan air.

Keutamaan bantuan ini diagihkan kepada kampung yang betul-betul memerlukan bekalan air dan bagi kampung dan penduduk yang belum menerima bantuan tangki air akan diserahkan secara berperingkat.

Pengagihan tangki air itu telah diselaraskan bersama Pejabat Residen Bahagian Kuching, Pejabat Daerah Kecil Sebuyau, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) serta Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Pegawai Tadbir Sarawak dari Pejabat Daerah Kecil Sebuyau, Ajis Ahmad telah melakukan tinjauan bagi memastikan tangki air berkenaan telah sampai ke kampung dan diterima oleh tuai rumah untuk diagihkan kepada penduduk kampung.-EDISI UKAS

Share

add comment