Sesi Persekolahan Bersemuka Di Daerah Kuching Berjalan Lancar

ISNIN, 8 MAC 2021

KUCHING: Sesi persekolahan 2021 secara bersemuka melibatkan daerah Kuching bermula hari ini dengan murid-murid kembali ke sekolah dengan penuh semangat meskipun negara masih dibelenggu wabak COVID-19.

Tinjauan hari pertama pembukaan sekolah di sekitar daerah Kuching didapati berjalan lancar dengan murid-murid hadir dengan tenang mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan.

Ibu bapa juga kelihatan menemani anak-anak mula di pekarangan sekolah seawal jam 7 pagi dan menyaksikan anak-anak mereka menjalani pemeriksaan suhu badan dan menggunakan cecair pembasmi kuman.

Sementara itu, ibu bapa yang ditemui berharap pembukaan sesi persekolahan kali ini berjalan lancar dengan pematuhan SOP yang ketat.-EDISI UKAS

Share

add comment