Datuk Bandar Miri Agih Pelitup Muka Dan Pembersih Tangan Sempena Hari Wanita Sedunia

SELASA, 9 MAC 2021 

MIRI: Bersempena Hari Wanita Sedunia pada Isnin, Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang telah mengadakan lawatan ke Taman Bulatan Miri.

Selain mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia, Adam Yii turut mengagihkan pelitup muka dan pembersih tangan bagi menjaga keselamatan kesihatan daripada wabak pandemik COVID-19. 

Beliau yang juga Ketua Cawangan SUPP Pujut menasihatkan peserta wanita yang menghadiri senamrobik untuk terus mematuhi SOP dan menjaga kesihatan diri ketika negara sedang menghadapi pandemik COVID-19. 

Hadir sama Ahli Majlis Bandaraya Miri Kaunselor Dr. Vincent Huang Huat Choon dan Ahli Majlis Bandaraya Miri Kaunselor Warziedea Ahmad. -EDISI UKAS

Share

add comment