Pembinaan Baharu Rumah Gansa Daling, Nanga Tau, Ulu Anap Dijangka Siap April 2021

SELASA, 9 MAC 2021

TATAU: Projek Pembinaan Baharu Rumah Gansa Daling, Nanga Tau, Ulu Anap dijangka siap pada April 2021. 

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Undang-Undang dan Adat Bumiputera Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai telah mengadakan lawatan bagi meninjau tapak projek tersebut baru-baru ini.

Beliau bersama Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong telah menghabiskan masa kira-kira sejam di tapak projek berkenaan bagi berbincang dengan Tuai Rumah Gansa dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkaitan kelancaran projek tersebut.

Ini merupakan sebahagian daripada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus. -EDISI UKAS

Share

add comment