Seramai 98 Penerima Dari Asajaya Dibantu Menerusi PPRMS

SELASA, 9 MAC 2021

ASAJAYA: Kerajaan Sarawak membantu seramai 98 penerima dari Daerah Asajaya menerusi Program Penambaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) dengan peruntukan sebanyak RM995,000 yang dibahagikan kepada dua fasa.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bagi fasa pertama, sebanyak 68 buah rumah akan dibaik pulih, manakala fasa kedua pula melibatkan 30 buah rumah.

Menurutnya, program seumpamnya merupakan inisiatif kerajaan negeri membantu golongan kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman yang selesa dan selamat didiami.

“Kerajaan negeri sentiasa mencari jalan yang terbaik dengan menyalurkan bantuan baik pulih rumah supaya dapat membantu dan meringankan beban golongan yang memerlukan,” jelasnya semasa memantau projek bagi PPRMS di Kampung Sebandi Ulu pada Selasa.

Sementara itu, seorang penerima bantuan PPRMS, Masni Mos ketika ditemui berasa sangat bersyukur dan gembira apabila kediaman akan dibaik pulih menerusi peruntukan RM15,000 yang diluluskan kerajaan negeri. -EDISI UKAS

Share

add comment