3,140 Tangki Air Diagih Di DUN Asajaya

RABU, 10 MAC 2021

ASAJAYA: Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana sebanyak RM2.8 bilion di bawah program grid bekalan air dan RM2.37 bilion untuk projek bekalan elektrik untuk kawasan luar bandar di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memberitahu, sebanyak 3,140 tangki telah diagihkan menerusi tiga fasa di daerah Asajaya bagi membantu penduduk menakung air simpanan sekiranya berlaku masalah bekalan air.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya menambah, seramai 30 penjaja di kampung tersebut juga akan menerima sumbangan bantuan penjaja seperti kanopi, meja dan kerusi bagi mengurangkan beban sekaligus membantu meningkat ekonomi penjaja.

Beliau berkata demikian dalam majlis simbolik penyerahan tangki air bagi kawasan DUN Asajaya di Dewan Masyarakat Kampung Sebandi Ulu, Asajaya pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati agar kesemua penerima untuk menjaga dan memanfaatkan bantuan tersebut sebaik-baiknya.

Turut hadir, Pegawai Daerah Asajaya Rais Ahmat, Pegawai Penerangan Daerah Samarahan Abdul Latip Shamsudin, Pegawai Tadbir Asajaya Hasanah Bujang, Temenggong Bujang Chek dan Ketua Kampung Sebandi Ulu Jama -EDISI UKAS

Share

add comment