ADUN Repok Sumbang Katil Pesakit Untuk Warga Emas

RABU, 10 MAC 2021

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii melalui Pusat Khidmat Repok menyumbang sebuah katil pesakit kepada seorang warga emas di sini.

Sumbangan diberikan kepada penerima, Yong Yaw Hong@ Yong Yew Hong berusia 85 tahun dari Sungai Kedup pada Rabu.

Mewakili Dato’ Sri Huang, Penghulu Huang Tiong Kang dan Pusat Khidmat Repok menghantar katil pesakit dengan segera setelah menerima permohonan tersebut.

Bantuan ini membuktikan keprihatinan Dato’ Sri Tiong dalam meringankan beban golongan kurang mampu dengan menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada mereka yang memerlukan.

Ketika ditemui, ahli keluarga penerima merakamkan penghargaan kepada Dato Sri Huang atas bantuan yang sering diberikannya kepada penduduk setempat sejak menjadi wakil rakyat di situ.

Hadir sama, Kapitan Ling Dien Yong, Kapitan Ting Sing Fee dan Kapitan Yee Poh Lian.-EDISI UKAS

Share

add comment