SUFC Lakar Kemenangan Kedua, Benam Perak FC II Di Ipoh

RABU, 10 MAC 2021

KUCHING: Sarawak United FC (SUFC) meneruskan rentak cemerlang dalam aksi Liga Premier 2021 dengan melakar kemenangan kedua menewaskan Perak FC II, 3-0 dalam aksi berlangsung di Stadium Perak, Ipoh petang tadi.

Norshahrul Idlan Talaha masih membuktikan ketajamannya apabila meledak gol pertama SUFC pada minit ke-35.

SUFC menggandakan jaringan menerusi pemain import, Uche Agba yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-75.

Uche terus menjadi duri dalam daging pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol ketiga SUFC pada minit ke-83 sekali gus memastikan pasukan pelawat pulang membawa tiga mata penuh. – EDISI UKAS

Share

add comment