Bina Baharu Gelanggang Futsal Di Skra Ulu, Sri Aman Siap Sepenuhnya

KHAMIS, 11 MAC 2021

SRI AMAN: Pembinaan gelanggang futsal di Skra Ulu, Sri Aman yang telah diluluskan dalam Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi Tahun 2020 telah siap sepenuhnya dengan peruntukan sebanyak RM200,000.

Kerja-kerja pembinaan yang telah dimulakan sejak awal Disember 2020 telah siap sepenuhnya pada 10 Mac lepas meliputi kerja seperti membina gelanggang futsal berpagar, tandas, mini ‘grandstand’, sistem perparitan dan memasang lampu solar.

Gelanggang tersebut dijangka memberi manfaat kepada para belia di tujuh buah rumah panjang sekitar Skra, Putat, Pruan, Tanjung Rirang dan Trusan, Sri Aman.

Majlis serah tapak siap projek kepada penduduk rumah panjang Skra Ulu, Sri Aman itu akan dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri dalam masa terdekat.-EDISI UKAS

Share

add comment