Bomba Daerah Bintulu Lakukan Sanitasi Di SK Sebauh Pastikan Pembukaan Sekolah Selamat

KHAMIS, 11 MAC 2021

SEBAUH: Kerja-kerja sanitasi Sekolah Kebangsaan (SK) Sebauh dilakukan pada Rabu untuk pastikan keselamatan murid-murid terjamin apabila sesi persekolahan dibuka pada Khamis.

Seramai empat orang anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Bintulu telah terlilbat dalam kerja-kerja sanitasi tersebut.

Proses sanitasi tersebut dilakukan untuk pastikan kawasan luar dan dalam sekolah merangkumi pejabat am dan bilik guru bebas dari penularan wabak pandemik COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment