Enam Masjid Di Kabong Terima Cek Sumbangan TYT

KHAMIS, 11 MAC 2021

KABONG: Sebanyak enam buah masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong menerima cek sumbangan Yang DiPertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berjumlah keseluruhan RM50,000.

Cek tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir semasa menghadiri ceramah khas sempena Israk Dan Mikraj bersama isterinya di Masjid Assabirin Kabong pada Khamis.

Mohd Chee turut menyumbang senaskah Al-Quran kepada pihak pengurusan Masjid Assabirin.

Majlis dimulakan dengan solat fardhu Maghrib berjemaah, disusuli ceramah khas disampaikan oleh Pegawai Agama Islam Bahagian Betong, Al Tuan Isselahuddin Kameri dan diakhiri dengan solat fardhu Isyak berjemaah.

ADUN Kabong dalam pada itu mengingatkan jemaah agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak Majlis Islam Sarawak.

Hadir sama Penghulu Sani Mohamad, Pengerusi Masjid Assabirin Kabong Johar Bidi, wakil Pegawai Daerah Kabong Ahmad Sabree Salleh, wakil LAKIK Abdul Aziz Hazemi dan masyarakat setempat. – EDISI UKAS

Share

add comment