PKPD: Sumbangan Bekalan Makanan Kepada Penduduk Kampung Tringgus

KHAMIS, 11 MAC 2021

BAU: Susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke atas Kampung Tringgus Bau, Persatuan Kebajikan Hope Place Kuching tampil membantu menyumbang sebanyak 185 bungkusan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas.

Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Bau, Esa Nawong di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bau pada Khamis.

Pada Ahad, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah mengisytiharkan PKPD di Kampung Tringus (Tringgus Bong, Tringgus Rabak Rotan dan Tringgus Matan Nguan) selama 14 hari bermula 8 Mac lepas susulan peningkatan kes positif di kampung berkenaan. -EDISI UKAS

Share

add comment