Terima Kasih Kerajaan Atas Siapnya Baik Pulih Rumah PPRT

KHAMIS, 11 MAC 2021

LAWAS: Pemilik rumah David Kading dari Kampung Long Sebulu melahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan baik pulih rumah Projek Perumahan Rumah Termiskin (PPRT).

“Terima kasih kepada Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong di atas pelaksanaan baik pulih rumah PPRT ini.

“Terima kasih juga kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di bawah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak kerana membantu merealisasikan hasrat mendapat rumah yang sempurna untuk sekeluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menerima kunjungan daripada Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II Malaysia Dato Henry dan rombongan yang melawat dan menyampaikan simbolik penyerahan kunci rumah pada Selasa.

Program ini merupakan di bawah KPLB yang berkonsepkan IBS (Industrialised Building System) dengan kos sebanyak RM58,000 setiap rumah.

Hadir sama Pengurus Giat Mara Lawas Faisal Adenan, Penghulu Kading Palong, Setiausaha PBB Cawangan DUN Bakelalan Kaunselor Donnie Erwan Baru, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri II KPLB Steve Lius, Pengurus Khas Projek Parlimen Lawas Matius Singa dan staf Jabatan Kerja Raya , Wilayah Utara Miri. -EDISI UKAS

Share

add comment