ADUN Lambir Bincang Projek Naik Taraf Gerai dan Ruang Niaga Di Masjid Alfirdaus Taman Tunku

JUMAAT, 12 MAC 2021

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat telah mengadakan perbincangan bersama dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Alfirdaus Taman Tunku mengenai Projek Menaik Taraf Gerai dan Ruang Niaga di kawasan itu pada Rabu. 

Projek tersebut bertujuan menyediakan ruangan dan tempat yang selesa kepada pelanggan untuk menjamu selera dan secara tidak langsung menaikkan pendapatan peniaga. 

Hadir sama dalam perbincangan itu Bahagian Kejuruteraan Majlis Bandaraya Miri. -EDISI UKAS

Share

add comment