Datuk Amar Douglas Uggah Serah Cek RM130,000 Kepada Tiga Buah Gereja

JUMAAT, 12 MAC 2021

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah menyampaikan cek berjumlah RM130,000 kepada tiga buah gereja, pada Jumaat.

Datuk Amar Douglas Uggah selaku menteri bertanggungjawab ke atas UNIFOR menyerahkan cek RM50,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang yang mewakili Gereja BEM Long Sepangeh.

Manakala Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christopher Tegong menerima cek RM50,000 untuk projek membina Gereja Methodist Iban Tanjung Latap, Sibu.

Romeo juga mewakili Gereja Methodist Iban Rantau Panjai, Sibu menerima cek berjumlah RM30,000 untuk tujuan projek yang sama.-EDISI UKAS

Share

add comment