Residen Betong Tinjau Projek JPD Dan LKWKKH Di Saratok

JUMAAT, 12 MAC 2021

SARATOK: Residen Bahagian Betong, Friday Belik bersama Pejabat Daerah Saratok telah meninjau beberapa tapak projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) dan projek Lembaga Kumpulan Wang Kawasan Konsesi Hutan (LKWKKH) pada Khamis.

Kedua-dua kategori projek adalah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perancangan Sumber Dan Alam Sekitar Sarawak.

Lima buah projek JPD yang dilawati ialah projek baikpulih jalan masuk ke SK Wong Besi, Saratok, naiktaraf jalan Rumah Ngerubong, Engkala, Awik, jalan Rumah Majang, Ukir, Awik, jalan Rumah Balang, Sungai Sawa, Awik dan jalan menuju ke Rumah Saka, Rumah Achai dan Rumah Beti di Ulu Awik, Saratok.

Manakala tiga buah projek LKWKKH yang dilaksanakan di Krian adalah termasuk membina jambatan Rumah Saban di Mapar, Kaki Wong, jalan dari SK Babang ke Krangan Rusa dan naiktaraf Jalan Pangka ke Rumah Enjawan di Krangan Rusa Ulu.

Friday turut meninjau perkembangan Projek Naiktaraf Jalan Kabo, Krian di Betong yang telah bermula pada 18 Julai 2019 dan mengalami kelewatan.-EDISI UKAS

Share

add comment