SPK Sadong Jaya Dijangka Siap Sepenuhnya April 2021

SABTU, 13 MAC 2021

SADONG JAYA: Projek Skim Pembesaran Kampung (SPK) Sadong Jaya yang berkeluasan 64 ekar, dijangka siap sepenuhnya pada 5 April ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek yang memakan belanja lebih daripada RM34 juta itu akan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan walapun berlaku kelewatan pelaksanaannya.

“Buat masa ini projek tersebut terlewat sedikit dari segi perlaksanaannya namun begitu telah ada perbincangan dengan pihak kontraktor agar dapat melaksanakan dan menyiapkan projek ini dalam tempoh yang telah ditetapkan dan disebabkan oleh MCO macam macam telah dihadapi,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan lawatan ke tapak SPK Sadong Jaya pada Sabtu.

Turut sama dalam lawatan itu adalah Menteri Muda Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo.

Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua itu juga memberitahu, projek itu kini dilaksanakan mengikut spesifikasi baru dengan tanah akan ditembok terlebih dahulu, jalan raya diturap dan sistem perparitan konkrit.

“Mengikut spesifikasi baru ini, skim ini hendaklah ditembok, sebahagian besar sudah ditembok dan perlu dirata. Kedua, parit hendaklah dikonkrit. Ketiga, jaringan jalan raya dinaik taraf kepada jalan berturap,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Datuk Amar Awang Tengah yang juga yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri,Terminal Perindustrian & Pembangunan Usahawan berkata, beliau turut mencadangkan untuk disediakan kemudahan seperti surau, dewan dan padang disitu.

Katanya lagi, kemudahan untuk penduduk melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil dan sederhana juga akan dilaksanakan.

“Jadi, dalam skim ini kita akan sediakan kemudahan untuk perusahaan kecil khusus buat masyarakat yang berminat untuk terlibat dalam perniagaan,”  

Sejurus selepas itu, Datuk Amar Awang Tengah meninjau tapak projek jalan pesisir PA-3 Sadong Jaya/Sungai Buluh Seksyen 1 bersama Datuk Julaihi, Aidel Lariwoo dan ADUN Simunjan, Awla Dris.-EDISI UKAS

Share

add comment