DBKU Tambah Baik Prasarana Tebingan Kuching

SELASA 16 MAC 2021

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terus memastikan Tebingan Kuching atau lebih dikenali sebagai Kuching Waterfront kekal sebagai salah satu destinasi pelancongan dan riadah yang bersih dan menarik di Kuching.

Sebagai pengurus baharu Kuching Waterfront, DBKU sedang dan telah melaksanakan beberapa kerja penambahbaikan dan perkhidmatan seperti pembersihan di sepanjang Kuching Waterfront yang meliputi kerja-kerja menggilap dan mengecat kayu railing, water jetting untuk pontoon dan laluan pejalan kaki.

Selain itu, DBKU juga menaik taraf tempat letak kereta bersebelahan Pejabat Pengurusan Kuching Waterfront, mengecat semula petak tempat letak kereta dan pembersihan di sepanjang Sungai Bintangor.

Turut dilakukan, kerja-kerja pemotongan rumput dan penyelenggaraan Softscape dalam kawasan Kuching Waterfront, kerja pemasangan, penyelenggaraan dan membaik pulih lampu LED String dan termination box di sekitar Kuching Waterfront serta menukar dan memasang kabel baru ‘incoming’, pendawaian dalaman dan kotak sub-meter bagi Kiosk dan Pushcart.

Kerja-kerja menaik taraf laluan berbumbung di Kuching Waterfront kini giat dilakukan dan akan disambung dengan kerja menaik taraf fasiliti di Godown Amphitheatre. 

Pelbagai proposal baharu yang lain juga akan diimplementasi antaranya ialah covered walkway structure for night market and pedestrian dan pembinaan Taman Hijau Petronas yang dijangka siap pada awal tahun 2022.-EDISI UKAS

Share

add comment