Hari Wanita Antarabangsa 2021 Sarawak Berlangsung Secara Atas Talian Esok

SELASA, 16 MAC 2021

KUCHING: Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 Sarawak dengan tema #ChooseToChallenge akan berlangsung secara atas talian pada Rabu.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dijangka merasmikan sambutan tersebut di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah juga dijangka hadir dalam program tersebut.

Unit Komunikasi Awam Sarawak akan menyiarkan program tersebut secara langsung menerusi Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak dan YouTube UKAS CHANNEL bermula pada pukul 9 pagi. -EDISI UKAS

Share

add comment