Setiausaha Kerajaan Negeri Hadiri Taklimat Dan Tinjau Projek Proposed Transportation Hub Bahagian Miri

SELASA, 16 MAC 2021

MIRI: Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion telah menghadiri taklimat berkenaan dengan Projek Proposed Transportation Hub Bahagian Miri.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Miri (LTM), beliau telah diberikan taklimat berkenaan Miri Proposed Bus Terminal, Projek Miri City Hall dan Miri Smart City oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) pada Isnin. 

Selepas mendengar taklimat tersebut, Datuk Amar Jaul telah pergi meninjau tapak cadangan Terminal Bas Baru yang terletak di Jalan Cahaya, Miri. 

Projek Terminal Bas Baru ini adalah untuk menggantikan terminal bas lama yang terletak di Padang Kerbau yang sekaligus akan dapat menyelesaikan kesesakan jalan raya dan keselamatan pelajar dengan dijangka siap pada tahun 2023. 

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datu Antonio Kahti Galis, Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Datuk Bandaraya Miri Julaihi Mohamad, Pemangku Residen Bahagian Miri  Abdul Aziz Mohamad Yusuf dan Setiausaha Majlis Bandaraya Miri Morshidi Fredrick. -EDISI UKAS

Share

add comment