John Sikie Tinjau 6 Tapak Projek RTP DUN Kakus

RABU, 17 MAC 2021

TATAU: Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak Datuk John Sikie Tayai telah mengadakan tinjauan tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di lima buah rumah panjang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus pada Selasa. 

Dalam lawatan di Rumah Japing Gasing, Ulu Anap, Tatau, beliau telah meninjau Projek Menaik Taraf Jalan dan Merata Tapak, meninjau tapak Projek Menaik Taraf Jalan Rumah Asun Jemat dan Rumah Panjang Baru Rumah Jelian Guru yang turut akan dilaksanakan pada tahun ini selepas proses cabut undi pada April 2021.

Turut ditinjau Projek Merata Tapak Rumah Panjang Baharu dan Jalan Rumah Minda Jipon, Jalan Sangan, Merit yang juga Projek RTP 2021. 

Selepas itu, Datuk John Sikei yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus turut meninjau Projek Kecil Luar Bandar (MRP) 2021 Merata Rumah Panjang Baru Rumah Lemu, Sungai Buloh, Anap yang mempunyai 15 pintu. 

Tinjauan diakhiri dengan melawat Projek Jalan Rumah Japit yang dinaik taraf di bawah Projek Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). -EDISI UKAS

Share

add comment