Pusat Kegiatan Wanita Kampung Sungai Ladong Hilir Kini Siap

RABU, 17 MAC 2021

SEBUYAU: Bangunan bagi Pusat Kegiatan Wanita Kampung Sungai Ladong Hilir yang merupakan salah satu daripada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2020 telah siap sepenuhnya dengan peruntukan sebanyak RM200,000.

Berucap pada najlis perasmian pusat tersebut pada Rabu, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berharap pusat kegiatan itu memberi manfaat kepada kaum wanita untuk mengadakan pelbagai aktiviti bersama komuniti kampung.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau turut memberitahu, peruntukan tambahan RTP 2021 untuk membina jalan, baik pulih pekarangan pusat penjaja dan baik pulih jeti nelayan turut diluluskan di Kampung Sungai Ladong.

Sementara itu, Ketua Wanita Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Sungai Ladong Hilir, Uteh Deli ketika ditemui merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Sarawak khususnya Datuk Julaihi atas bantuan yang telah diberikan dalam membantu meningkatkan infrastruktur serta kemajuan pembinaan pusat kegiatan di kampung itu.-EDISI UKAS

Share

add comment