ADUN Bukit Begunan Serah Cek MRP Kepada Rumah Party Belumba

KHAMIS, 18 MAC 2021

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang telah menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Rumah Party Belumba, Taba, Tanjung Bijat pada Khamis.

Cek tersebut diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berjumlah RM5,000 dan Biro Wanita berjumlah RM4,000.

Beliau berharap agar penduduk memanfaatkan peruntukan tersebut bagi menjalankan aktiviti mereka. –EDISI UKAS

Share

add comment