Paulus Serah Peruntukan UNIFOR Dan Surat Lantikan KK Wilson Susok

KHAMIS, 18 MAC 2021

LIMBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang telah menyerahkan peruntukan berjumlah RM50,000 dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dalam satu majlis ringkas yanng diadakan di usat Khidmat ADUN Batu Danau pada Rabu. 

Peruntukan telah diterima Pastor Elisa Kalang digunakan untuk baik pulih rumah kediaman Pastor Gereja BEM dan SIB Kampung Long Sepangeh. 

Dalam perkembangan sama, ADUN Batu Danau turut menyerahkan surat lantikan Ketua Kampung kepada Wilson Susok merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Induk Sangkar.

Beliau mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan Ketua Kampung yang baru bagi menggantikan mendiang KK Duyok Sulok yang telah meninggal dunia. -EDISI UKAS

Share

add comment